Bandar Limbang..,
Limbang River...
Pasar Buah-buahan,Sayuran dan Pasar ikan di bangunan tamu Limbang.
Pasar Besar / Pasar jumaat.Sebenarnya ada banyak lagi tapi tak sempat nak ambik gambar.Dalam pasar ni ada Jual kain,kuih Muih,pakaian,Bunga,Buah-buahan dan Banyak lagilah.Salah satu tarikan utama pelancong adalah ikan tahai dan Lokan.Kalau nak ikan tahai kena pergi Limbang lah.Kalau tempat lain tak da..Rugi tak merasa.Sedaap..Tambahan lagi apabila dibuat Sambal..
Pemandangan Yang indah Dikaki Bukit Sagan...Takde Gunung Bukit pun jadilah..
Limbang Town.,
Ini adalah bandar limbang,Sarawak yang Terletak kira-kira 15KM dari Kampung saya.Bandar ini menyediakan Begitu banyak kemudahan.
Apa yang menarik di Bandar Limbang ini adalah suasana bandar nya yang tidak pernah Lengang dari Kunjungan orang Ramai.Boleh dikatakan Bandar ini begitu sibuk dan sesak sedikit Terutamanya pada hari JUMAAT.Ini kerana pada Setiap hari jumaat terdapat Tamu Besar yang menjadi tarikan utama penduduk Terutama warga Brunei Darussalam.Apa tidaknya,kebetulan pula negara brunei Cuti pada setiap hari jumaat & ahad.Sabtu baru kerja/sekolah balik.Pada waktu ini anda Pasti tidak menyangka bahawa bandar ini begitu Pesat & maju.Apa yang paling orang luar akan tertanya-tanya adalah Berkenaan Tempat parking Kereta.Yalah bandar kecil tapi penduduk & pengunjung bukan main banyak.Sampai parking kereta pun susah.Walaupun sudah begitu banyak parking dibuat namun ia masih tidak mencukupi.Jika anda Pergi kesini inilah masalah utama yang akan anda hadapi.iaitu,susah untuk mendapat tempat letak kereta.Apa taknya,org Brunei Punya kereta bukan main banyak.Dahlah banyak.Besar lagi tu.Lgpun,dorang bukannya pergi kesini guna mtosikal.semua guna Kereta..Berjiran dengan Negara Brunei yang kaya raya.itulah keistemewaan Tempat saya ini.Haaaa..Kalau tak percaya dtglah keBandar Saya ini..
Hye sEmUa.SeLaMaT DaTaNg kE BLoG PPIK PD.PaHlAwAn LimbaNg!!!!KePaDa sEsiApa YaNG bErmInAT jEmpUt-jEmpUtlAh mElAyARi bLog ini DaN Jangan SeGan-SegAn UntUK mEngHantAr SebArAng pErTaNyaAn AtAupun Komen..TaNk u.